Selasa, 24 Mei 2011

Doa Ibu Cepat Mendapat Perkenan Allah S.W.T


Sebagai seorang ibu, pasti inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Mereka tidak pernah walau sepatahpun mendoakan perkara yang buruk meskipun anak-anak kerap menyakitkan hatinya. Inilah kelebihan ibu. Allah S.W.T mengurniakan mereka sekeping hati yang lembut namun tidak pernah menyimpan dendam.

Anak-anak terutamanya anak lelaki perlu sentiasa memastikan ibunya dalam keadaan baik. Jangan sewenang-wenangnya menyakitkan hati mereka kerana doa seorang ibu cepat mendapat perkenan Allah S.W.T. Sebagai anak kita perlu peka. Andainya dia menyuarakan sesuatu berulang kali maknanya ada 'benda' yang berlegar-legar dalam benak fikirannya. Jika permintaanya itu mampu ditunaikan, wajiblah anak menunaikannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cuba Renungkan..

Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.