Suka makan taugeh...??
Taugeh adalah hidangan sayur yang sesuai dimakan ketika makan tengah hari ataupun makan malam tetapi sering dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan. Mungkin ramai yang masih tidak tahu sebenarnya taugeh mempunyai pelbagai khasiat yang tersembunyi. Berikut disenaraikan beberapa khasiat taugeh kepada kita....
1. Cegah kanser
Taugeh yang terdiri daripada jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser luekimia, usus besar dan pankreas.
2. Baik untuk wanita
Taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang serta mencegah kerapuhan tulang. Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simpton pra-menopaus dan gangguan akibat menapous.
3. Lebih subur
Taugeh juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik begitu juga kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.
4. Kurangkan lemak
Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung disebabkan oleh kadar lemak dalam darah yang itnggi digalakkan mengambil lebih banyak menu taugeh dalam hidangan seharian. Saponi dalam taugeh dapat menghalau 'lemak jahat' LDL tanpa mengganggu kandungan lemak baik LDL kerana ketika kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum kadar saponinya menignkat sehingga 450%.
5. Buang kotoran
Taugeh yang mengadungi banyak serat dan air yang berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Apabila kotoran dihapuskan tiada lagi zat dalam kotoran dapat diserap tubuh, ia mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.
6. Lebih muda
Taugeh juga padat dengan antioksidan kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Secara keseluruhannya taugeh merupakan sayuran yang boleh membuat kita lebih muda.
Sekian....harap pada semua...sudi-sudikan makan taugeh.....

org pun suke makan taugeh..sedappppppppppppppppp sgt sgt.....
BalasPadamemm....buat ulam....makan cam tu jer...
BalasPadamsedap....rangup..